Mereka sangka itu cinta. Mereka bangga. Aku menggeleng-geleng kepala bertafakur seketika. Aku amat arif tentang itu. Pengalaman mendewasakan aku, meski mungkin tiada siapa tahu sejauh mana kembara dan pengalaman hidup yang telah aku lalui. Jauh...luas...pedih dan sakit!! Aku tahu semua itu. Bahagia?? Mungkin ia sekadar topeng yang menipu!! Percayalah!!!
Mereka berdoa sepenuh hati, mendamba yang mereka miliki sekarang bakal menjadi hak milik mutlak akan datang sedangkan perjalanan hidup masih panjang dan bukankah takdir jodoh pertemuan itu hak Allah? Aku lihat di mana-mana...di kaca tv, di laman siber...mereka bicara dan ungkap tentang cinta. Palsu!!!Ya,tercemar!!
"papa syg mama. papa harap mama akan tetap setia bersama papa."
"i luv u dear!!!i'll wait u in the heaven!!!"
"ya Allah..sy harap dia akan menjadi milik sy!!"
Ayat ini di mana-mana sahaja...di setiap ketika, waktu dan detik. Geli, bukan?? Jangankan bertunang, berkahwin pun belum sudah begitu indah dunia yang diciptanya.
Aku tidak tahu mahu mengulas bagaimana. Tapi sahabat-sahabat yang aku kasihi kebanyakannya hanyut dengan gelombang ini. Manusia sekarang memandangnya "ohh...normallah tu!!". Itulah Islam yang semakin buruk dicorakkan penganut yang jahil atau mungkin tidak jahil tetapi buat-buat jahil.
Hakikatnya cinta sudah semakin tercemar. Dari hari ke hari..makin pudar nilainya. Aku rimas, lemas, dan cemas. Lagi-lagi di saat ini. Umur remaja terlalu mencabar.
Siapa kata tiada cinta di hati aku?? Ada. Yang paling agung adalah cinta kepada Penciptaku..Ibu ayah..keluarga..sahabat handai... Oh..cinta yang itu?? Sudah tentu ada!!! Cuma secebis cuma aku calitkan dan selebihnya aku serahkan bulat-bulat kepada cinta teragungku. Aku belajar daripada pangalaman dahulu. Ungkapan itu terlalu mahal kalau semua orang tahu nilainya. Mungkin mereka msih belum menerima pengajarannya. Bercinta...dan bercinta...dan bercinta lagi!!!
Kalut!!!!




